fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan peniaga mempersoalkan pembeli kerana tidak menyimpan nombor telefonnya.

‘Tolong simpan nombor, kami kongsi maklumat di status sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa berang selepas seorang peniaga memaksanya menyimpan nombor telefon bagi mendapatkan maklumat nombor penghantaran barang.

Menurut hantaran pengguna Threads, peniaga tersebut memaksanya untuk menyimpan nombor telefonnya bagi melihat hantaran status nombor penghantaran barang di aplikasi WhatsApp.

“Kenapa peniaga kena paksa pembeli simpan nombor telefon mereka? Sudahlah cara membalas teks pun tak beradab.

“Tak tahu pula kena simpan nombor telefon peniaga sebab peniaga kongsi maklumat terkini di status WhatsApp,” katanya.

Malah katanya, dia sudah menunggu barang yang dibeli selama enam hari tanpa sebarang maklumat nombor penghantaran.

Wanita tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan peniaga berkenaan yang mendakwa tiada masa untuk berkongsi maklumat terkini secara peribadi kepada setiap pembeli.

“Tak baca status WhatsApp ke? Minta simpan nombor sebab kami kongsi maklumat terkini di status sahaja. Tiada masa nak kongsi maklumat kepada setiap seorang pembeli,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata turut berang dengan cara peniaga tersebut.

“Tak suka peniaga macam ini. Paksa kita yang pembeli untuk simpan nombor telefon. Saya jenis tak suka simpan nombor telefon orang yang hanya berurusan sementara sahaja,” komen @Amimahrasif.

“Sebagai peniaga, awaklah yang kena kongsi maklumat nombor penghantaran kepada pembeli. Nak pembeli faham situasi dia (peniaga), tapi tak faham pembeli risau kena tipu,” komen @Mashnoah.

“Kenapa kongsi nombor penghantaran barang di status WhatsApp sahaja? Mengarah orang suruh simpan nombor pula,” komen @Kueserasera. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI