fbpx
PENYERANG negara, Ainsyah Murad (tengah) antara sandaran terbaik untuk menggegar jaring Vietnam malam ini. - FAM

Vietnam halangan pertama Malaysan Tigress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI skuad bola sepak wanita negara, Joel Cornelli kekal dengan cita-citanya untuk mencipta kejutan ke atas juara bertahan Sukan SEA, Vietnam pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Chonburi malam ini.

Walaupun Vietnam memiliki reputasi hasil kejayaan ke final 10 kali berturut-turut dan sudah memenangi pingat emas dalam empat edisi terakhir, Cornelli tidak menjadikan faktor itu sebagai alasan awal untuk mereka tidak tampil dengan aksi terbaik.

Dua aksi persahabatan menentang Bangladesh dan Azerbaijan sebelum ini memberi gambaran jelas kepada Cornelli bahawa anak-anak buahnya memiliki kualiti untuk mencipta kejutan ke atas pasukan lebih baik.

“Paling penting adalah keyakinan untuk mengalahkan pasukan yang memiliki struktur bagus terutamanya Bangladesh yang baru sahaja layak ke Piala Asia.

“Di sini ia menjadi satu perbandingan yang bagus, sekarang kami tahu ada kemampuan untuk kalahkan pasukan setaraf itu,” katanya.

Corneli membayangkan keputusan positif pada perlawanan pembukaan akan memberi suntikan semangat kepada barisan pemainnya untuk cuba mempamerkan permainan baik pada baki dua perlawanan Kumpulan B menentang naib juara edisi lepas, Myanmar dan Filipina.

“Sudah pasti kami menghormati ketiga-tiga negara kerana mereka adalah pasukan yang kuat, sering mara ke separuh akhir ataupun final. Namun, saya yakin kami tetap memiliki peluang.

“Sejak saya hadir ke dalam pasukan, perkara pertama saya katakan adalah kami perlu membina mentaliti juara. Saya lihat keputusan sebelum ini tidak begitu bagus namun sekarang kamu sudah buktikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN