fbpx
Tangkap layar insiden kekecohan dan pergaduhan di hadapan sebuah pasar raya di Pekan Sungai Besar.

[VIDEO] Pemandu rempuh 2 kenderaan, langgar orang disyaki pencuri kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Tular satu video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan tiga lelaki dengan seorang pemandu kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya di Pekan Sungai Besar, di sini semalam.

Video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan tiga lelaki terbabit bertindak memukul cermin serta bahagian kenderaan berkenaan termasuk menggunakan sebatang mop.

Pemandu kereta itu pula dilihat bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaan sebelum meluncur laju bagi melepaskan diri sehingga merempuh dan merosakkan dua kenderaan lain.

Keadaan menjadi kecoh apabila kereta melanggar seorang lelaki lain sebelum ‘tersangkut’ di atas siar kaki hadapan pasar raya.

Tiga lelaki berkenaan terus mendesak pemandu berkenaan keluar sambil mengacukan beberapa batang kayu ke arahnya.

Dalam rakaman video sama, seorang wanita mendakwa kejadian tercetus selepas pemandu itu disyaki mencuri kereta milik ayahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad dalam kenyataannya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kekecohan dan pergaduhan itu.

“Empat lelaki tempatan telah ditangkap bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148/279 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI