fbpx
Wanita warga asing ini dikatakan mampu menjana pendapatan sehingga RM600 menerusi aktiviti tidak bermoral.

Rumah kedai jadi sarang pelacuran warga asing diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah rumah kedai tiga tingkat yang dijadikan sarang pelacuran warga asing di Klang Sentral, di sini diserbu semalam.

Serbuan pukul 10.25 malam itu dilakukan selepas dua minggu risikan dan aduan awam oleh Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 21 individu diperiksa terdiri daripada sembilan lelaki dan sembilan wanita warga asing, selain seorang lelaki tempatan serta dua kanak-kanak lelaki.

Beliau berkata, 17 warga asing, iaitu lapan lelaki Bangladesh dan sembilan wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 32 tahun ditangkap.

“Siasatan mendapati premis itu berselindung di sebalik operasi sebuah syarikat pengurusan hartanah dan import-eksport yang dipamerkan pada papan tanda luar bangunan.

“Aktiviti pelacuran terbabit dikendalikan seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak sebagai ‘Kapten’, manakala pelanggan terdiri daripada warga asing sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seorang pelanggan yang ditahan mengaku membayar RM50 hingga RM80 bagi setiap sesi perkhidmatan seks. Setiap wanita dipercayai mampu meraih RM400 hingga RM600 sehari, bergantung jumlah pelanggan.

“‘Kapten’ itu pula dipercayai diupah oleh seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Kevin untuk menguruskan keseluruhan kegiatan tidak bermoral tersebut,”katanya.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut dalam bilik wanita turut menemui pelbagai peralatan berkaitan aktiviti seks, termasuk kondom dan gel pelincir.

Susulan itu, mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan saman saksi (Borang 29) turut dikeluarkan kepada seorang pelanggan yang berada di lokasi.

Katanya, kesemuanya kini ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI