PETALING JAYA – Pengorbanan dan penantian sepasang suami isteri selama lapan tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan selepas mereka dikurniakan zuriat pada September lalu, sekali gus menutup episod panjang sebagai pejuang kesuburan. Lebih manis lagi apabila Salmiah Jamaluddin dan Muhammad Idzwan Ibrahim mendapat zuriat sulung melalui rawatan In-Vitro Fertilisation (IVF) yang diperkenalkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). LPPKN yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan antara penyedia rawatan subfertiliti pada…














