fbpx
Siti Azila melihat peti sejuk yang telah diletakkan di tempat tinggi di dalam rumah turut terendam air banjir di Kampung Kubang Betong, Jitra semalam.

Penduduk gusar gelombang kedua banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Rata-rata penduduk yang baru pulang ke rumah dari pusat pemindahan sementara (PPS) bimbang kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Penduduk Kampung Kubang Betong, Siti Azila Ahmad, 38, berkata, banjir kali ini antara yang paling buruk apabila paras air mencecah sehingga ke leher.

“Bah tahun ini menakutkan, lebih teruk berbanding 2004. Masa kami nak keluar rumah ke PPS pun air sudah paras dada.

“Barang elektrik se­perti peti sejuk yang sudah dile­takkan di tempat tinggi pun ­terendam,” katanya di sini semalam.

Katanya, dia, suami dan tiga anak tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan Binjal selama empat hari sebelum pulang pada Khamis lalu.

“Kami cuci lumpur yang melekat di lantai dan pada barangan dalam rumah. Barangan elektrik pun belum kami ubah, biar saja di tempat tinggi kerana bimbang gelombang kedua. Barang rosak pun belum diganti, tunggu cuaca betul-betul pulih dulu,” ujarnya.

Dia berharap tiada lagi gelombang banjir berlaku kerana keletihan membersihkan rumah.

“Balik dari PPS, saya menangis tengok semua barang dipenuhi lumpur. Hanya yang pernah me­ngalami faham betapa peritnya cuci rumah selepas banjir,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Khai­rul Fikri Mohamad, 44, turut berjaga-jaga dengan meletakkan barangan elektrik serta dokumen penting di tempat selamat.

“Semalam ada hujan walaupun tak lebat, hari ini nampak cerah. Harapnya tiada gelombang kedua, penat duduk PPS dan cuci rumah pun tak habis lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN