fbpx
Tangkap layar menunjukkan pasukan petugas LGK memberikan dan memayungkan penumpang.

[VIDEO] ‘Saya akan merindui Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelancong dari Eropah meluahkan rasa terharu apabila menerima layanan istimewa daripada petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) ketika hujan.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @margitdob, kelihatan penumpang penerbangan sedang dalam proses menaiki pesawat dan setiap penumpang diberikan payung untuk mengelakkan diri daripada dibasahi hujan.

“Di lapangan terbang Malaysia, mereka beri payung kepada penumpang ketika hujan. Saya tidak pernah nampak perkara ini berlaku di Eropah. Saya akan merindui awak, Malaysia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Seorang pasukan petugas juga turut dilihat berdiri di sisi tangga pesawat sambil memegangkan payung kepada penumpang untuk memastikan setiap penumpang dapat menaiki pesawat tanpa ditempias hujan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut memuji keprihatinan petugas lapangan terbang berkenaan.

“Layanan dekat Malaysia ni memang terbaik, saya lebih suka bercuti dalam negara. Pernah melancong ke negara luar tetapi…,” komen Barina.

“Dia payungkan orang, tetapi dia tidak kisah pun berhujan demi mencari rezeki yang halal dan berkat,” kata Nfazilah.

“Ini adalah perkara biasa di Malaysia. Terima kasih sebab sedar tindakan kecil ini,” komen Hanie. – KOSMO! ONLINE

@margitdob We all got umbrellas, no one cares about passengers like that in Europe. I will miss you Malaysia 🇲🇾 travel#podroze#malezja#asia#world ♬ original sound – TravelandbehappyMM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN