fbpx
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai makan yang memaparkan gelagat seorang pelanggan ketika mencedok lauk.

‘Nasi menimbun, lauk selambak tapi nak bayar RM8 je’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelanggan lelaki didakwa mengugut untuk membuat aduan terhadap sebuah kedai makan selepas tidak berpuas hati dengan caj makanan yang dikenakan.

Kejadian itu dikongsikan pemilik kedai tersebut, yang menggunakan nama dayang_rich, melalui satu hantaran di Instagram kelmarin.

Dakwa pemilik tersebut, pelanggan berkenaan mengambil nasi putih dengan kuantiti yang banyak, empat ketul ayam serta sayur, sebelum meminta air minuman berharga RM1.

“Harga nasi putih RM3 (penuh menimbun), ayam empat ketul RM10 (awak ambil lebih kami tak kira), sayur RM2. Kalau kira setiap item, berapa awak patut bayar?” tulisnya.

Kata pemilik itu, pekerja kedai hanya mengenakan caj RM12, namun pelanggan tersebut tetap tidak berpuas hati dan mahu membayar RM8 sahaja.

“Awak marah-marah bila pekerja Kak Dayang caj RM12. Awak keluarkan macam-macam ayat. Awak ambil gambar kedai dan ugut nak buat aduan sebab caj mahal. Silakan buat aduan.

“Lain kali bawa bekal lah. Jangan makan di luar,” tegasnya.

Pemilik kedai itu turut menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mengenakan caj tambahan untuk pelanggan yang menambah lauk atau nasi, sebaliknya hanya mengira apa yang diambil pada kali pertama.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya menyebelahi peniaga dan menyifatkan pelanggan tersebut tidak wajar mempertikaikan harga makanan kerana dilihat berpatutan dengan jumlah yang diambil.

“RM12 untuk begitu punya makan? Murah sangat dah tu,” kata @Thedanialstar.

“Dia ingat majlis kenduri ka?,” komen Faisal Alias.

“Kena la dengan harga RM12 tu, nak makan harga RM8 baik kau bawa bekal ja,” pesan Feezab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN