PETALING JAYA – Sebatang pokok tumbang di susur naik Carcosa dari arah Terowong Duta, Jalan Damansara, menyebabkan lorong kiri terhalang dan aliran trafik perlahan di lokasi pagi ini.
Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, pasukan bertugas telah digerakkan ke lokasi bagi tindakan lanjut.
“Polis Trafik, Warden Trafik dan Ranger KLC3 02 berada di lokasi,” katanya, hari ini.
Katanya, Unit Kecemasan dan Skuad Penyelamat DBKL turut dilaporkan sudah sampai di lokasi bagi melakukan tindakan yang diperlukan.
Orang ramai yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan petugas bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. – KOSMO! ONLINE















