fbpx
Stuart Sayers (kiri) pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Cochlear dan pelancaran implan koklea terbaharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cochlear lancar implan koklea berciri pintar catat rekod dalam teknologi pendengaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cochlear, peneraju global dalam penyelesaian pendengaran berasaskan implan, telah melancarkan produk terbaharunya, Implan koklea Cochlear Nuchleus  Nexa System bersempena meraikan sambutan ulang tahun ke-30 di Malaysia dan rantau ASEAN.

Implan koklea Cochlear Nucleus Nexa System memiliki ciri era baharu teknologi implan pintar dan ia dibangunkan menerusi penyelidikan dan proses penciptaan intensif.

Produk itu juga menampilkan perisian dalaman boleh dinaik taraf dengan memori terbina selain menghubungkan penerima kepada inovasi terkini. 

Perisian implan ini boleh dinaik naik taraf dan tetapan pendengaran peribadi boleh disimpan serta dipindahkan dengan selamat ke Pemproses Audio Nucleus Nexa baharu, sekali gus melakar sejarah penting dalam teknologi implan pendengaran. 

Presiden Cochlear Asia Pasifik dan Amerika Latin, Stuart Sayers berkata, Malaysia adalah sebuah pasaran penting dalam ekosistem antarabangsa kami yang menempatkan pelbagai tahap operasi, termasuk proses inovasi, pembuatan, perkhidmatan dan sokongan komuniti. 

 

“Pelancaran Implan koklea Cochlear Nucleus Nexa System menggambarkan secara jelas budaya dan matlamat masa hadapan Malaysia dan Cochlear, iaitu komitmen untuk terus maju ke hadapan dan memperbaiki kualiti kehidupan dengan pemulihan pendengaran,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun tersebut di sini baru-baru ini.

Sambutan ulang tahun ini mengukuhkan komitmen jangka panjang Cochlear bagi kemajuan kesihatan dan memastikan akses kepada pendengaran di Malaysia dan ASEAN. 

Sejak memulakan operasi di Malaysia tiga dekad yang lalu, Cochlear memainkan peranan penting dalam membantu ramai rakyat Malaysia dan lebih 10,000 di rantau ASEAN yang terjejas pendengaran untuk kembali mendengar, dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa. 

“Ulangtahun ke-30 merupakan detik yang tepat untuk memperbaharui janji kami dalam memastikan perjalanan hidup setiap individu yang terjejas pendengaran disokong oleh teknologi pintar dan pasukan berdedikasi di Malaysia dan ASEAN,” jelasnya.

Cochlear telah mengembangkan fasiliti pembuatan antarabangsa mereka di Kuala Lumpur pada tahun 2022 bagi memenuhi permintaan antarabangsa untuk teknologi implan pendengaran. 

Pelaburan bernilai RM30 juta ini telah mewujudkan 270 peluang pekerjaan baharu dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu dari lapan pangkalan operasi antarabangsa syarikat yang bertanggungjawab bagi reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan pembekalan dengan ibu pejabat di Australia. 

Fasiliti yang diperluas seluas 50,000 kaki persegi ini menempatkan operasi logistik, rantaian bekalan dan teknologi maklumat bertaraf global, menyokong pengeluaran dan pengedaran Cochlear ke lebih 180 buah negara di seluruh dunia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI