fbpx
Wanita itu menayangkan perhiasan emas pelbagai bentuk dari leher hingga ke jari jemarinya. - TikTok

Wanita tayang emas satu badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Palembang, wilayah Sumatera Selatan mengundang perhatian pengguna media sosial apabila memakai barangan kemas di seluruh tubuhnya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bangqjay memaparkan wanita itu menayangkan perhiasan emas yang dipakai daripada  leher hingga pergelangan tangannya. 

Bukan itu sahaja, jari jemarinya juga dihiasi dengan cincin emas ‘gergasi’.

Selain emas, dia juga menayangkan sijil ketulenan emas atau lebih dikenali sebagai ‘sijil lahir’. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Beria tayang tetapi emas palsu,” kata seorang netizen.

“Tidak takut kena rompak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI