fbpx
AINAA (kanan) turun ke Sukan SEA Thailand bulan depan sebagai pilihan utama. - IG AINAA AMANI

Ainaa buru emas debut Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGALAMAN beraksi di pentas Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi bekalan berguna buat pemain skuasy wanita negara, Noor Ainaa Amani Ampandi pada Sukan SEA Thailand 2025 bulan depan.

Atlet berusia 23 tahun itu mengakui temasya dwitahunan tersebut sedikit berbeza apabila kali ini diturunkan sebagai pilihan utama dan bakal menjadi sasaran untuk ditumpaskan.

Ainaa yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan SEA mengakui tidak sabar untuk memberikan sehabis baik terutama menyumbangkan pingat emas buat negara.

“Ini Sukan SEA saya yang pertama dan sudah pasti perasaan teruja mahupun tekanan pun ada. Sebelum ini, saya pernah bermain di Sukan Komanwel dan masih boleh mengawal perasaan serta tekanan.

“Masa saya ke Sukan Komanwel dahulu, tekanan kurang dirasai sebab tiada sasaran. Tapi kali ini saya perlu letakkan sasaran lebih besar untuk diri sendiri.

“Saya beraksi dalam acara individu di Sukan SEA, manakala di Sukan Komanwel bagi acara beregu. Jadi tekanan kali ini lebih besar,” katanya.

Ainaa yang meraih pingat gangsa individu wanita di Piala SEA pada Julai lalu menyasarkan emas kerana melihatnya mampu menjadi batu loncatan dalam kariernya.

Sebagai rekod, Ainaa bersama gandingannya, Chan Yiwen tewas kepada rakan senegara, Rachel Arnold dan Aifa Azman dalam penentuan pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI