fbpx
Tangkap layar video tular seorang gelandangan disiram dan ditendang oleh dua individu di kaki lima sebuah bangunan.

[VIDEO] Gelandangan ditendang, kena siram air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan kejam terhadap seorang gelandangan yang disiram air dan ditendang dua individu di laluan kaki lima hadapan sebuah bangunan mengundang kemarahan netizen selepas rakaman kejadian itu tular sejak semalam.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Facebook, Lion Wong, gelandangan itu pada mulanya dilihat berbaring di kaki lima berbantalkan sebuah beg sebelum seorang pengawal keselamatan wanita datang membawa hos lalu menyembur air tepat ke arahnya.

Rakaman video itu turut memaparkan gelandangan tersebut yang kebasahan bangun dalam keadaan terkejut dan lemah, namun wanita terbabit terus menghalakan semburan ke arahnya.
Beberapa minit kemudian, muncul seorang individu lelaki menghampiri mangsa sambil menengking sebelum bertindak menendang lelaki berkenaan berulang kali.

Tindakan agresif kedua-dua individu itu mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap ia sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan serta menghina golongan gelandangan.

“Kalau nak halau pun, bukan dengan cara memalukan. Mereka manusia juga,” kata seorang pengguna.

“Kalian terlalu kejam dan zalim. Kalian hanya suruh dia beredar, tak perlu guna air simbah, sepak serta memukul orang yang kesian itu. Kamu akan tua jua dan kamu akan diperlakukan jua oleh anak-anak kalian,” tegur Yin Kuan Kam.

“Allahuakbar. Tak ada hati perut ka pak cik…ingat kita tak selamanya di atas. Kita tak tahu bila akan ada di bawah, semua ketentuan Ilahi. Moga ada insan baik membantu insan yang diuji ini. Kalau la dia ada masalah mabuk ka apa ka, bukan caranya diusir macam itu,” komen Aida Maslan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN