fbpx
Anggota polis mengunjungi rumah murid perempuan itu untuk melakukan siasatan di Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

Bukan culik, cuma hantar murid perempuan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang wanita disangka mahu menculik seorang murid tahun tiga sehingga mencetuskan kekecohan dan salah faham di media sosial.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 6.35 pagi.

“Ssiasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu menangis ketakutan selepas dihantar bapanya ke sekolah. Ketika itu keadaan masih gelap dan hujan lebat.

“Dia kemudian ditegur seorang wanita tidak dikenali yang juga ibu murid lain. Murid itu seterusnya meminta wanita tersebut menghantarnya pulang ke rumah sambil dia menunjukkan jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu mencetuskan salah faham di media sosial sehingga memaksa ibu murid tersebut tampil ke balai polis pada pukul 12.35 tengah hari untuk menjelaskan keadaan dan menafikan anaknya diculik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN