fbpx
Nur Azriana menelaah nota di PPS Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Calon SPM redah banjir sampai tertinggal nota ulang kaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dalam keadaan cemas disebabkan paras air yang semakin naik, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya sempat membawa alat tulis dan buku nota ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di sini, malam tadi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, Nur Azriana Nadia Ahmad Rizal, 17, berkata, dia dan keluarga berpindah dari kediaman di Kampung Seberang Tok Dol, Tasek Gelugor ke PPS berkenaan kira-kira pukul 7 malam semalam.

“Dalam kekalutan mengemas kelengkapan, saya tertinggal segala buku nota dan beberapa bahan ulang kaji yang sepatutnya dibawa bersama.

“Kalau nak diikutkan, kejadian yang berlaku ini memang sedikit mengganggu persiapan peperiksaan, namun saya positif semuanya akan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Nur Azriana bakal menduduki Bahasa Melayu (Kertas 1), Bahasa Melayu (Kertas 2) dan Pendidikan Seni Visual.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Nur Aminina Adnan, 23, pula berkata, dia bersama 13 ahli keluarga lain berpindah ke PPS terbabit selepas air mula naik menghampiri paras pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI