fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penduduk tempatan menyelamatkan mangsa dari mulut buaya. - X

Budak diseret buaya dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Kutai Timur, wilayah Kalimantan Timur terselamat selepas diterkam dan diseret seekor buaya ketika bermain di sebuah jambatan berhampiran rumahnya, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku di Desa Muara Bengalon pada 9 November lalu. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan sebilangan penduduk tempatan menjerit ketakutan, manakala sebilangan lagi terjun ke dalam sungai demi menyelamatkan budak itu. 

Ketua Polis Bengalon, AKP Asriadi Jafar berkata, reptilia itu tiba-tiba muncul lalu menggigit dan menyeret mangsa ke dalam air. 

“Mangsa diseret ke dalam air. Seorang penduduk bergegas membantu membebaskan budak itu dari mulut buaya. 

“Dengan tindakan pantas mereka, mangsa berjaya diselamatkan,” kata Asriadi. 

Mangsa mengalami cedera parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut, lapor portal berita Poros Jakarta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI