fbpx
Abby lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan produksi drama menampilkan babak terlalu intim sehingga mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan penonton serta melanggar batas syariah.

‘Dunia lakonan sama, babak mencolok mata, berkemban elakkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan produksi drama menampilkan babak terlalu intim sehingga mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan penonton serta melanggar batas syariah.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, menegaskan beberapa adegan wajar dielakkan demi menjaga sensitiviti masyarakat dan reputasi pelakon itu sendiri.

“Dunia lakonan pun harus diberi perhatian. Babak mencolok mata, bersentuhan, berkemban semua tu minta dielakkan.

“Suami atau isteri orang kalau bergandingan janganlah bersentuhan, cium kepala, dahi dan yang lain, jangan! Zina berat,” katanya dalam Instagram Story.

Tambah pelakon filem Pasrah itu, adegan yang kelihatan remeh sering membawa implikasi lebih besar pada kehidupan peribadi pelakon, apatah lagi apabila penonton mula membuat andaian.

“Itu semua punca jadi masalah besar pada kehidupan kita andai semua mengetahui, berpada-pada,” ujarnya.

Teguran Abby mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju agar industri tidak lagi bergantung pada elemen bersentuhan bagi menggambarkan emosi.

“Betul juga. Jangan fokus pada Dolla sahaja, Dunia lakonan pun kena ambil berat. Tak perlu sentuh-sentuh pun drama masih boleh jadi best, banyak lagi teknik lain boleh buat,” komen seorang pengikut.

“Pelakon pun ada keluarga, ada pasangan,tak semua selesa dengan babak begitu tapi tergamak la mereka lakukan semua itu, tak terfikir dosa ke,” tulis netizen.

“Setuju, ramai orang marahkan Dolla tapi dunia lakonan kena jaga batas. Emosi boleh disampaikan tanpa sentuhan berlebihan,” kata pengguna media sosial.

Isu tersebut tercetus selepas kecoh dalam media sosial apabila netizen mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang dilihat hanya menegur sebahagian artis kerana pakaian tidak patuh syariah, sedangkan industri secara keseluruhan turut sarat isu serupa dan wajar diperhalusi bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI