KOTA KINABALU – Naik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan inisiatif mesra warga emas antara harapan rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ramai berpendapat PRN bukan sahaja medan memilih wakil rakyat mahu pun pemimpin utama yang bakal menerajui negeri tetapi haruslah seiring dengan kewajipan pemimpin kepada rakyat. Penduduk di Beaufort, Nasari Gani, 38, menyatakan naik taraf jalan-jalan utama dan kampung mesti dilakukan secepat mungkin kerana ia keperluan utama rakyat yang menggunakannya saban hari. “Siapkan Lebuh…















