fbpx
Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma Isnin lalu.

SAR Sungai Klang: Polis Marin berdepan detik cemas, bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiga anggota Polis Marin berdepan detik cemas apabila bot mereka terbalik ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang yang dihanyutkan di Sungai Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian terbabit berlaku akibat arus deras di kawasan Sungai Klang dekat Kampung Tengah, Puchong.

Sazalee mengakui bahawa faktor geografi serta arus deras Sungai Klang menjadi antara faktor yang menyukarkan usaha pencarian sepanjang operasi dilaksanakan selama lima hari.

“Sepanjang tempoh SAR, kita menghadapi kesukaran dari sudut kedudukan geografi serta arus deras selain kawasan sungai yang luas.

“Arus di Sungai Klang ini nampak tenang tapi sebenarnya deras,” katanya pada sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sazalee berkata, semua anggota yang terlibat dalam insiden terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Justeru, Sazalee mengingatkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas di kawasan berisiko agar berwaspada dengan keadaan luar jangka khusunya kepala air.

Jasad lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, di sini Isnin lalu ditemui pada jarak 65 kilometer (km) dari lokasi kejadian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mayat lelaki iaitu K. Suresh, 37, itu ditemui kira-kira pukul 10.30 oleh pasukan SAR.

Sebelum ini, kenderaan mangsa yang turut dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, di sini Ahad lalu berjaya ditemui semalam.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero itu ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan.

Terdahulu, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN