fbpx
Pengurusan kanan Watsons dan Garnier bergambar bersama pada majlis pelancaran produk serum Garnier terbaharu di pasaran baru-baru ini.

Garnier, Watsons teroka lebih banyak peluang kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Garnier akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasamanya dengan Watsons bagi meningkatkan pe­ngalaman berharga pengunjung ke semua outlet Watsons.

Menurut Garnier, kerjasama ini telah lama terjalin dan sangat dihargai malah kini bukan sekadar rakan niaga tetapi sekutu strategik dalam inisiatif menawarkan penyelesaian kecantikan Garnier yang inovatif dan lestari agar ia da­pat diakses oleh khalayak ramai di seluruh pasaran.

“Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan jangkauan yang luas adalah sangat penting un­tuk misi kami jadi kami sentiasa meneroka peluang baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna, termasuk kempen me­­narik pada awal tahun hadapan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya.

“Ini juga merangkumi usaha berterusan dalam inovasi pro­duk, program pendidikan yang me­narik dan mungkin tawaran eksklusif lain yang sangat serasi dengan pangkalan pelanggan setia Watsons,” kata Watson da­lam kenyataan bersempena maj­lis pelancaran The Creator’s Renew Lab di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Garnier melakar satu era baharu da­lam penjagaan kulit dengan mem­per­kenalkan Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum, produk uta­ma yang dilancarkan secara ek­sklusif di Watsons.

Formula berinovasi ini mengandungi campuran berkuasa 15 peratus AHA, BHA dan PHA yang digabungkan bersama Niacinamide, bertujuan untuk memberikan hasil penjanaan semula kulit yang ketara serta pembaikan ­me­nyeluruh pada lapisan pelin­dung kulit dalam masa hanya em­pat jam.

Ia berfungsi dengan teliti untuk menjadikan kulit lebih halus, cerah dan sekata, sambil me­­ngekalkan tahap kelembutan luar biasa, sesuai digunakan se­tiap hari, termasuk bagi mereka yang berkulit sensitif.

“Kami mempunyai bukti kli­nikal yang kukuh yang ma­na 97 pe­ratus secara klinikal me­nunjuk­kan pengurangan pori, 92.5 pe­­ratus secara klinikal me­nunjuk­kan pengurangan bintik, dan lapisan perlindungan kulit,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN