fbpx
CURACAO hanya perlu memastikan tidak tewas kepada Jamaica hari ini sekali gus menyambar tiket automatik ke Piala Dunia 2026. - AFP

WCQ: Curacao di ambang sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WILLEMSTAD, Curacao – Curacao berpeluang melakar sejarah baharu sebagai negara terkecil layak ke Piala Dunia sekiranya mampu mengesahkan tempat ke pertandingan itu buat kali pertama.

Mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, Dick Advocaat, Curacao kini hanya dipisahkan 90 minit lagi dan perlu mengelak daripada tewas pada perlawanan terakhir Kumpulan B kelayakan zon Concacaf menentang Jamaica pagi esok.

Sebagai rekod, The Blue Wave ketika ini mengumpul 11 mata daripada lima perlawanan Kumpulan B, berkelebihan satu mata berbanding Jamaica.

Jika layak, pasukan di ranking ke-82 dunia itu yang hanya memiliki populasi 150,000 penduduk, akan mengatasi rekod lama milik Iceland sebagai negara terkecil beraksi di Piala Dunia.

Sekiranya mampu memacu Curacao layak ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan, Advocaat, 78, juga akan muncul pengurus paling tua, mengatasi rekod lama Otto Rehhagel ketika mengetuai Greece pada usia 71 tahun.

“Dick Advocaat adalah jurulatih bernama besar dan semua orang menghormati cara beliau bekerja. Kehadirannya cukup penting buat kami sebagai satu pasukan dan negara ini.

“Impak yang diberikan olehnya cukup besar dan dapat lihat perkembangan pasukan ini,” kata pemain tengah Curacao, Juninho Bacuna.

Menjelang aki terakhir hari ini, Jamaica yang mendapat sentuhan seorang lagi jurulatih berpengalaman, Steve McClaren dilihat sebagai pilihan untuk memenangi perlawanan dan layak ke Piala Dunia buat kali kedua selepas melakukannya pada edisi 1998. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI