KOTA BELUD – Bekas Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Fairuz Renddan memaklumkan bahawa beliau sudah menghantar surat perletakkan jawatan kepada parti itu petang semalam.
Fairuz berkata surat berkenaan adalah berkaitan perletakkan jawatannya selaku Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Pintasan dan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah.
”Pejabat parti juga sudah menerima dan maklum tentang surat perletakan jawatan tersebut pada pukul 2.45 petang,” katanya selepas proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan di Pusat Penamaan Calon Dewan Masyarakat Tun Said Keruak pada Sabtu.
Terdahulu, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohammad Razali Razi dalam kenyataan pagi tadi menyatakan ahli parti yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah akan dipecat serta-merta.
Bagaimanapun, Fairuz pagi tadi hadir dengan borang penamaan calon bebas bagi kerusi DUN Pintasan bersama ribuan penyokong yang memakai baju kemeja t hitam sambil melaungkan sorakan ‘Kita Lawan’.
Fairuz merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan selepas menang dalam PRN16 pada tahun 2020 dengan undian majoriti 84 undi menewaskan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau bertanding atas tiket bebas selepas namanya digugurkan daripada senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali gus memberi laluan kepada Pandikar sebagai calon bagi DUN tersebut. – KOSMO! ONLINE
Fairuz hantar surat letak jawatan pada Jumaat
- Oleh IVAN AMIRUL
- 15 November 2025, 5:46 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Aktivis Rohingya, Noor Azizah cari fasal lagi…akhirnya akaun disekat
17 Jun 2026, 12:53 pm

Ustaz Azhar Idrus, Mad Kecik dinobat Tokoh Dakwah, Tokoh OKU Terengganu
17 Jun 2026, 12:49 pm

13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah agensi kerajaan direman
17 Jun 2026, 11:54 am

Piala Dunia 2026: Hatrik Messi bantu Argentina benam Algeria 3-0
17 Jun 2026, 11:19 am

Hujan lebat di Kuala Lumpur, Melaka pada pagi cuti Awal Muharam
17 Jun 2026, 10:33 am

Fattah, Amira bukan individu kasari pembantu rumah – Peguam
17 Jun 2026, 9:17 am

Bekas scammer tebus dosa RM50 juta
17 Jun 2026, 9:00 am

Piala Dunia 2026: Dua gol Haaland ceriakan kem Norway
17 Jun 2026, 8:36 am






