fbpx

Padah ugut guna pistol mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepucuk pistol mainan yang digunakan suspek ketika membuat ugutan jenayah terhadap pemandu wanita.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membuat ugutan jenayah terhadap seorang pemandu wanita e-hailing dengan menunjukkan objek menyerupai pistol mengundang padah selepas dia ditahan di Bandar Sri Damansara tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Aruz dalam perjalanan mengambil penumpang di kawasan sekitar One Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 36 tahun.

“Sebaik tiba di sekitar Damansara Damai, mangsa telah membunyikan hon kepada sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu suspek secara teragak-agak.

“Berang akan tindakan wanita terbabit, suspek telah menunjukkan objek yang menyerupai sepucuk pistol melalui tingkap keretanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat tangkapan ke atas suspek.

“Suspek yang berusia 32 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Jalan Mahogani SD 1/3, Bandar Sri Damansara pada pukul 12.05 tengah malam.

“Polis juga telah merampas sepucuk pistol mainan berwarna hitam bertulis ‘Made in China’ beserta kelopak peluru yang diletakkan di pinggang suspek dan sebuah kereta Proton Wira,” ujarnya.

Siasatan lanjut mendapati, suspek yang juga seorang penganggur itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI