fbpx
Gambar hantaran di Facebook yang memaparkan kejadian lelaki warga emas jatuh ke dalam longkang.

‘Tak tahu macam mana abah boleh jatuh longkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat murni seorang lelaki warga emas untuk mencari rezeki dengan bekerja sebagai pemandu lori sampah bertukar kisah sedih apabila dia mengalami kecederaan serius selepas terjatuh ke dalam longkang tinggi.

Kisah tersebut dikongsi anaknya, Siti Salmi menerusi Facebook yang memaklumkan kejadian berkenaan berlaku dua hari lalu tanpa diketahui puncanya.

“Abah tengah bekerja bawa lori sampah kering, kadang abah akan turun tangkap gambar pekerja angkat sampah, tak tahu macam mana boleh terjatuh longkang besar tinggi pula tu.

“Kalau tanya Abah dia tidak ingat apa yang jadi, minta jasa baik doakan Abah Kak Sal ya, keadaan agak serius,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya, lelaki berkenaan mengalami patah tulang tengkuk, patah tulang rusuk, sedikit cucukan pada paru-paru, patah tulang belikat serta pendarahan di kepala.

Kini dia dirawat di wad unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan menunggu giliran untuk menjalani MRI.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut mendoakan kesembuhan lelaki warga emas tersebut.

“Semoga dipermudahkan urusan ayah awak. Tetapi minta semua orang lepas ini kalau ada kejadian begini, tolong jangan memandai alihkan mangsa atau bagi apa-apa. Cukup kita pantau sahaja sebelum bantuan datang,” komen Nissa Amran.

“Ya Allah, tinggi tu longkangnya. Semoga segala urusan dipermudahkan,” kata Nurul Nisa.

“Semalam bapa saya jatuh tersadung karpet kat rumah saja saya sudah berderau. Ini yang jatuh longkang dalam, sakitnya. Kesian pak cik, semoga diberikan kesembuhan cepat,” komen Mazlina Maridan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN