fbpx
UYAINA mengesahkan Raja Syahiran telah menghantar rombongan merisik November tahun lalu.

Uyaina tepis kisah cinta ‘monyet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Uyaina Arshad mendedahkan, hubungan cintanya dengan pe­nyanyi Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, bukan cinta ‘monyet’, malah mereka berdua bersedia membawa hubungan yang terjalin sejak Mei tahun lalu ke peringkat yang lebih serius.

Uyaina, 29, berkata, tindakan kekasih hatinya membawa keluarga merisik dirinya pada November tahun lalu menjadi simbolik terhadap hubungan mereka sekali gus menafikan kisah cintanya tiada arah tujuan.

“Hubungan kami bukan main-main kerana banyak hati yang perlu dijaga. Malah hasrat Syahiran yang merisik saya me­nunjukkan niatnya serius untuk membawa hubungan kami ke peringkat seterusnya.

“Lebih istimewa, ibu Syahiran memberikan cincin miliknya kepada saya sebagai tanda merisik. Bukannya dibeli mengikut cita rasa sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bercerita lanjut, Uyaina yang juga pengacara Wanita Hari Ini (WHI) memberitahu, dirinya tiada niat untuk merahsiakan majlis tersebut, namun lebih kepada ‘acara’ mengenali keluarga kedua-dua belah pihak.

“Kami berkongsi berita ini apabila ramai yang bertanya mengenai hala tuju hubungan, tidak sangka ramai yang menitipkan ucapan tahniah,” ujarnya.

Pelakon yang popular dengan drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu bagaimanapun menyatakan dia tidak dapat berkongsi perancangan perkahwinan mereka pada masa ini.

“Apabila tiba masanya, pasti saya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi.

Sebelum ini, Uyaina dan Syahiran mengaku sedang berkawan rapat sejak Mei tahun lalu.

Tambah pengacara program Famili Duo itu, sikap Syahiran yang matang menggerakkan ha­tinya untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterus­nya.

“Syahiran seorang yang pandai mengambil hati orang tua saya. Malah, sehingga kini sebelum membawa saya keluar pun dia akan menghantar mesej meminta izin daripada umi.

“Sisi berbeza itu tidak diketahui umum. Alhamdulillah. Ibu bapa Syahiran juga melayan saya seperti anak mereka.

“Semoga semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami berdua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN