fbpx
Romli menunjukkan lokasi penemuan migran di perairan Langkawi pada sidang akbar di Jeti APMM Bukit Malut, Langkawi hari ini.

Bot karam: Enam lagi mayat migran ditemukan di perairan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Enam lagi mayat migran yang menjadi mangsa bot karam dekat Pulau Tarutao ditemukan di perairan Thailand oleh pihak berkuasa negara jiran tersebut.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya bagaimanapun belum mendapat maklumat lengkap berhubung mangsa yang ditemui tersebut dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam melakukan operasi pencarian.

“Saya difahamkan akan ada pesawat dari Thailand akan buat pemantauan udara, sama juga dengan kita. Selain itu, kita juga berkemungkinan akan membantu pencarian di perairan Thailand dengan kebenaran. Kita percaya lebih ramai mangsa akan ditemui hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, hari ini.

Berhubung operasi pencarian, Romli berkata, keluasan pencarian diperluaskan daripada 170 kepada 255.6 batu nautika persegi dan pergerakan arus laut mungkin akan membawa mangsa atau mayat hanyut lebih jauh.

Tambahnya, ketika ini, pihaknya dengan kerjasama pihak polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Perikanan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menumpukan kawasan carian di perairan negara.

Setakat ini, 20 warga Myanmar daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh ditemukan terapung di perairan Malaysia termasuk tujuh mayat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI