fbpx
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di MRR2, semalam. Foto MEDIA SOSIAL

Penunggang maut motosikal langgar lori rosak di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan akibat masalah mekanikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Batu Caves, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 8.20 malam dan melibatkan sebuah lori jenis Nissan Tipper serta motosikal Honda RS150.

“Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

“Pemandu lori berusia 39 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lori terbabit berhenti di bahu kiri jalan disebabkan masalah mekanikal sebelum motosikal mangsa dipercayai melanggar besi gandar lori yang berada di atas jalan.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai atau berbahaya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang wanita tidak menyangka permintaan suaminya yang mahu menikmati hidangan sotong goreng kunyit menjadi petanda lelaki itu akan pergi buat selamanya.

Menurut perkongsian wanita itu di laman Thread, suaminya ada meminta wanita itu menyediakan lauk sotong goreng kunyit bagi hidangan makan malam.

Bagaimanapun, suaminya itu tidak sempat menjamah hidangan tersebut kerana terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang dari tempat kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI