fbpx
Tangkap layar perkongsian @citichaserpickleball yang memaparkan detik Dr. Chung membantu penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines.

[VIDEO] ‘Terima kasih doktor sebab selamatkan nyawa anak saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang doktor pakar pediatrik yang menyelamatkan seorang wanita ketika mengalami detik cemas dalam pesawat Malaysia Airlines MH2574 dari Kuala Lumpur ke Miri pada 1 November lalu mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram oleh pengguna @citichaserpickleball, wanita berkenaan dilaporkan memerlukan bantuan kecemasan kesihatan ketika penerbangan sebelum dibantu oleh Dr. Chung Ghi Waie, pakar pediatrik dari Selesa Pacific Hospital, Miri, Sarawak.

Tindakan pantas beliau berjaya menstabilkan keadaan mangsa di ruang udara pada ketinggian 30,000 kaki tanpa peralatan lengkap, sebelum pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri.

Menurutnya, Dr. Chung baru pulang bercuti dari Jepun, namun tetap tenang bertindak apabila kru kabin mengumumkan berlaku kecemasan perubatan dalam pesawat.

Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya berterima kasih dan menyifatkan sikap beliau sebagai contoh teladan.

“Beginilah sepatutnya kehidupan. Kalau ada yang memerlukan bantuan, kita kena hulurkan tangan dan bantu seikhlas hati,” komen @Kristoffer Ivan.

“Terima kasih kepada kru kerana bertindak pantas untuk hubungi bantuan perubatan,” kata @Luca-dante.

“Terima kasih banyak doktor sebab membantu pada saat genting dan selamatkan nyawa anak saya. Syukur kepada Tuhan,” komen @Jencver – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN