fbpx
DIAZ (kiri) diarahkan meninggalkan padang selepas menerima kad merah ketika menentang PSG awal pagi tadi. - AFP

Kad merah Diaz cemari kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Cerita suka duka menyelubungi kem Bayern Munich yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan juara bertahan, Paris Saint-Germain di Parc des Princes awal pagi tadi.

Luis Diaz menghasilkan kedua-dua gol buat Bayern yang kini mendahului kedudukan carta, namun penyerang dari Colombia itu tidak mampu menamatkan perlawanan ekoran layangan kad merah kerana terjahan kasar terhadap Achraf Hakimi.

“Perkara paling penting adalah kami berharap Hakimi kembali pulih dengan cepat. Hari yang penuh emosi dan aksi sukar, namun akhirnya kami mampu mendapatkan kemenangan ini secara bersama.

“Kami mahu melakukan perkara sama seperti apa yang kami buat di babak pertama, namun separuh masa kedua udah berubah kerana layangan kad merah. Saya mahu pemain menikmati perlawanan terutamanya ketika bertahan.

“Kami sudah berlatih dan bukan sesuatu yang mengejutkan jika kami mampu melakukannya dengan baik. UCL tidak boleh ditentukan sekarang, namun kejayaan ini adalah tiga mata penting buat kami,” kata pengendali Bayern, Vincent Kompany.

Pada awalnya, Diaz hanya dilayangkan kad kuning, namun penelitian semula Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan pengadil bertugas mengubah keputusan dengan mengarahkan bekas bintang Liverpool itu meninggalkan padang.

Kecederaan buku lali menyaksikan Hakimi dilihat mengalirkan air mata memandangkan pertahanan itu sedang mengintai peluang untuk beraksi di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 di Maghribi, bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN