fbpx
Pacu yang saya dapat menggunakan joran Palms Molla 6-12lb dan kekili Abu Garcia Rezo LTZ dengan gewang Allen (kanan) bagi.

Menggewang pacu Kolam FT Chenderong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IKAN pacu sangat unik kerana ia adalah spesies ikan omnivor. Selain buah-buahan dan tumbuhan, ia juga menjadikan ikan-ikan kecil dan udang sebagai sebahagian daripada dietnya. Disebabkan itulah, ia juga menghentam gewang.

Tidak seperti ikan pendatang yang invasif, pacu jarang dijumpai di habitat liar. Selalunya di kolam-kolam pancing air tawar dan tidak semua kolam ini membenarkan penggunaan umpan tiruan.

Apabila mengetahui ada satu kolam pancing yang terletak di Kampung Baru, Chenderong, Perak iaitu Kolam FT Chenderong membenarkan penggunaan gewang, maka saya terus tertarik untuk mencubanya.

Sekitar pukul 5.30 petang saya sampai di kolam, setelah membayar yuran di kaunter.

Ah Hon iaitu salah seorang pemilik kolam memaklumkan, pacu banyak berkeliaran di sebelah kiri kolam dan saya terus ke lokasi tersebut.

Sahabat baharu
Lontaran demi lontaran, namun masih tiada sambaran, walaupun saya telah mencuba pelbagai jenis gewang yang kebiasaannya menjadi perhatian pacu di tempat lain.

Saya turut mencuba di sudut-sudut kolam yang lain, namun tetap menghampakan. Gewang juga dilempar terus ke kawasan kumpulan pacu bermain air. Saya mula rasa putus asa kerana beranggapan pacu di sini tidak ‘ramah’ gewang.

Rupa gewang dari China yang diberi Allen, ternyata efektif di Kolam FT Chenderong.

Tidak lama selepas itu, ada seorang pemancing berbangsa Cina membawa set mengilat, dan dia memancing bersebelahan saya.

Saya melihat dia menggunakan gewang yang sangat kecil saiznya.

Beberapa kali melempar dan mengarau, gewangnya terus disambar pacu.

Selepas itu, saya bertanya tip menggewang di kolam tersebut. Allen dengan ikhlas mengajar saya tekniknya.

Menurutnya, pacu di kolam itu gemar meligan gewang mikro saiz antara tiga hingga empat sentimeter (sm).

Antara gewang kegemaran pacu di situ adalah jenis tenggelam (sinking minnow) yang dibeli secara atas talian dari China.

Tambahnya, gewang dari China itu murah dan dia tidak berasa satu kerugian, jika pacu memutuskan tali.

Allen terus menghulurkan satu gewangnya untuk saya cuba. Tidak lama selepas itu, saya berjaya menaikkan seekor pacu menggunakannya. Apa yang lebih membuatkan saya terharu apabila dia menghadiahkan gewang tersebut kepada saya.

Pengajaran yang saya dapat, sekiranya kita ingin mendapatkan hasil, maka janganlah malu untuk bertanya. Kebiasaannya, golongan pemancing ini amat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN