SUHU politik Sabah semakin panas ketika gelombang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) hanya berbaki kurang sebulan sebelum dimuktamadkan pada 29 November ini. Setiap langkah parti politik juga mula disusun dari utara Sabah di Kudat sehinggalah ke timur di Kalabakan demi mencari kuasa selama lima tahun. Namun, satu persoalan timbul dan menjadi modal cerita rakyat di kedai kopi dan tepi jalan – parti mana yang mereka perlu pilih? Soalan mudah, tetapi jawapannya cukup memeningkan. Ironinya, Sabah kini ibarat pasar malam politik…














