fbpx
Lokasi seorang pemuda ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari traktor di sebuah kebun di Kampung Bukit Rawa, Sedim di Baling semalam.

Pemuda maut di kebun disyaki terkena bilah traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan muka berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh dari traktor yang dikendalikannya di Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika pemuda berusia 28 tahun terbabit sedang melakukan kerja-kerja di kawasan kebun di kampung tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md. Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam dan pasukan siasatan terus ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa telah pergi ke kebun bersama seorang lagi lelaki iaitu penjaga kebun.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Gelugor, Karangan dekat sini ditemukan terbaring tidak sedarkan diri dengan muka berlumuran darah. Dia disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa disyaki terkena bahagian bilah traktor, namun perlu menunggu laporan bedah siasat untuk mengesahkannya dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Baling untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI