Semboyan pengembaraan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji bagi musim 2026/1447H sudah dilaungkan. Tabung Haji (TH) selaku pengendali muassasah dan rakan strategik masyariq menjadi tumpuan bagi perjalanan rohani yang lancar. Tahniah kepada bakal jemaah haji yang sudah menerima surat tawaran. Kesibukan kalian menguruskan hal-hal berkaitan untuk terbang ke Tanah Suci sudah pasti memberikan pengalaman berharga. Daripada pembelian kelengkapan haji, bayaran perjalanan dan meninggalkan perbelanjaan dapur kepada keluarga ketika permusafiran, pasakkan ke dalam hati untuk bersungguh-sungguh beribadat di Tanah Suci yang…














