fbpx
SARR (kanan) meledak dua gol ketika membantu Palace meraih kemenangan ketiga ke atas Liverpool untuk musim ini sekali gus layak ke suku akhir EFL. - AFP

EFL: Palace nikmati ‘hatrik’ sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Crystal Palace mencatat kemenangan ketiga ke atas Liverpool musim ini selepas menewaskan pasukan itu 3-0 pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Anfield awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Ismaila Sarr dan satu jaringan Yeremy Pino sudah cukup untuk meleburkan ego The Reds selain menghadiahkan kekalahan keenam dalam tujuh perlawanan buat pasukan tersebut.

Pengurus Palace, Oliver Glasner menyuarakan rasa gembira dengan kemenangan itu, terutamanya apabila The Eagles memulakan permainan dengan cukup hambar dalam tempoh 15 minit pertama.

“Satu kemenangan yang cukup penting hari ini (semalam). Kami memerlukan 15 minit untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan kerana pada awalnya, pemain-pemain kelihatan sangat bergelut.

“Bagaimanapun, kami berjaya menampilkan permainan sebenar dan menjaringkan gol. Permainan hari ini (semalam) boleh dikatakan baik tetapi ia bukanlah persembahan terbaik daripada Palace,” katanya.

Walaupun Liverpool mempertaruhkan skuad kedua pada perlawanan itu, namun Glasner menganggap ia masih merupakan pasukan cukup baik kerana turut terdiri daripada beberapa pemain senior.

“Mereka ada Andy Robertson, Wataru Endo, Milos Kerkez dan Alexis Mac Allister yang bermain hari ini (semalam). Bagi saya, ia masih merupakan satu pasukan yang cukup kuat dan berbahaya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI