fbpx
Anwar dan Luxon pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN–New Zealand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC hari ini. - Kredit foto SEKRETARIAT ASEAN

New Zealand rakan sebenar, berdiri teguh bersama ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – New Zealand adalah rakan yang sentiasa berdiri teguh bersama ASEAN, sama ada ketika mengecapi kemakmuran mahupun sewaktu berdepan pelbagai cabaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cabaran yang dihadapi itu termasuk daripada krisis kemanusiaan hinggalah ketidaktentuan global, dengan New Zealand sentiasa memberi sokongan kepada ASEAN.

“Kita telah menemui rakan yang benar-benar memahami keutamaan ini. New Zealand berdiri teguh bersama ASEAN. Sokongan New Zealand sentiasa dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada semasa ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN–New Zealand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Anwar berkata, perbincangan yang berlangsung hari ini bersama New Zealand juga akan membuka jalan baharu kepada ASEAN termasuk meneroka peluang-peluang baharu.

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN–New Zealand hari ini diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan dialog antara ASEAN dan New Zealand.

New Zealand menjadi rakan dialog ASEAN pada 1975, menjadikan negara itu rakan dialog kedua tertua dalam kalangan negara luar ASEAN. Pada 2015, hubungan dua hala itu dipertingkatkan ke tahap Perkongsian Strategik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN