PETALING JAYA – “Bagus dik, dapat kawan bertanggungjawab dan guru yang baik”.
Itu sebahagian kata-kata orang ramai yang kagum dengan adab dan akhlak yang dimiliki warga di sebuah sekolah dipercayai di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Bachok.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna @Esey679 di media sosial, jelas memaparkan sikap prihatin dan bertanggungjawab para murid dan guru yang berlaku secara spontan.
Menerusi video berkenaan, seorang murid dilihat menangis kesakitan di kepala ketika bermain bola dan dengan pantas murid yang lain datang membantu membawanya kepada guru bertugas.
Guru berkenaan juga bertindak menenangkan murid terbabit sambil memeluk dan menggosok kepalanya dengan penuh kasih sayang.
Hantaran @Esey679 itu mengundang pelbagai respons orang ramai yang rata-rata mendedahkan rasa sebak dan terharu selepas menonton video terbabit.
“Kawan baik, cikgu baik,” kata @Suri88.
“Hebatnya ajaran ibu bapa, guru. Dia orang jadi pandai menyantuni rakan, terbaik,” puji @Mek Comey.
“Anak siapa tu? Ini baru didikan ibu bapa yang sebenarnya, tahniah,” ujar @Rezekikita. – KOSMO! ONLINE
@esey679Kesayangan saya














