fbpx
GYOKERES menamatkan kemarau gol tujuh aksi selepas meledak dua jaringan buat Arsenal. - AFP

UCL: Gyokeres redakan bimbang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres berjaya menamatkan kemarau jaringan ketika membantu kemenangan 4-0 pasukan itu ke atas Atletico Madrid pada saingan Liga Juara-Juara di Emirates awal pagi semalam.

Selepas meledak tiga gol buat Arsenal, penyerang antarabangsa Sweden itu sunyi tanpa sebarang jaringan sejak tujuh perlawanan lalu sekali gus menimbulkan polemik mengenai kualiti yang dimiliknya.

Bagaimanapun, Gyokeres tampil menamatkan kritikan menerusi dua gol pada perlawanan tersebut, namun percaya tanggungjawab yang belum selesai dan perlu terus bekerja keras bagi memastikannya jadi lebih baik.

“Sudah pasti saya berasa gembira dapat menyumbangkan jaringan membantu kemenangan ini kerana saya sentiasa melakukan sehabis baik, kekal bekerja keras dan cuba menyumbangkan sesuatu berbeza buat pasukan.

“Kami hanya mahu melakukan tugas kami dengan baik dan memenangi perlawanan. Namun, perjalanan masih lagi panjang dan kami kena hadapi satu demi satu perlawanan,” katanya.

Dua lagi gol The Gunners dijaringkan oleh Gabriel dan Gabriel Martinelli sekali gus melengkapkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan musim ini di pentas Eropah.

Sementara itu, pengurus pasukan, Mikel Arteta juga menzahirkan penghargaan buat Gyokeres yang sudah pun tampil sebagai individu penting dalam usahanya meningkatkan mutu permainan Arsenal.

“Kami semua menghargai Gyokeres kerana dia menjadikan pasukan ini lebih baik dan sukar sukar dijangka. Saya harap dua gol ini dapat memulakan momentumnya untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI