fbpx
Uqasha berharap suaminya yang juga aktor Kamal Adli hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan isu perceraian mereka. - FARIZ RUSADIO

‘Saya harap Kamal beri kerjasama, jangan buat tak hadir begini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meskipun sakit tekak, pelakon Uqasha Senrose tetap berharap suaminya yang juga aktor Kamal Adli hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan isu perceraian mereka.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, turut meminta Kamal supaya tidak menyusahkan pihaknya memandangkan dia juga sibuk dengan penggambaran.

“Saya cuma harap dia (Kamal) beri kerjasama.

“Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Hari ini, Uqasha mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding pertama kes perceraian.

Adik dan sepupunya iaitu Nelydia Senrose serta Aprena Manrose, turut hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada Uqasha.

Sepanjang sesi temu ramah Uqasha banyak berdiam diri dan menggelengkan kepala, namun berharap agar suaminya itu tampil memberikan kerjasama untuk memudahkan proses mahkamah.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan tarikh 28 Oktober bagi prosiding kedua perceraian pasangan selebriti Uqasha dan Kamal.

Bagaimanapun, Kamal, 39,  tidak hadir ke mahkamah yang difahamkan sibuk menjalani penggambaran.

Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran pada April lalu.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN