fbpx
Tangkap layar hantaran oleh pengguna TikTok, seorang rakyat Palestin dibebaskan tanpa kedua belah kakinya terpaksa dipapah pulang.

[VIDEO] Lelaki kembali dari penjara Zionis tanpa kedua belah kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hampir 20 tahun dalam penjara Israel, seorang rakyat Palestin dibebaskan tanpa kedua belah kakinya selepas gencatan senjata dilaksanakan.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki tersebut dilaporkan menjadi tahanan rejim Zionis sejak tahun 2005 mengejutkan netizen.

“Hari ini, dia kembali kepada rakyatnya (Palestin) tanpa kedua-dua kakinya selepas dipotong ketika berada dalam tahanan,” menurut ruangan kapsyen.

Video berdurasi 16 saat itu turut memaparkan lelaki berkenaan dipapah oleh dua individu lain bagi membantunya bergerak.

Untuk rekod, perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu menjanjikan pertukaran tebusan tahanan antara tentera Israel dan Hamas serta pengunduran dari kawasan dipersetujui.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersimpati dengan nasib malang menimpa rakyat Palestin yang diseksa rejim Zionis itu.

“Berat dugaan mereka (rakyat Palestin). Nampak sangat kepenatan di wajah selepas bertahun-tahun dalam peperangan,” kata Maria.

“Masuk penjara dalam keadaan sempurna, bila dibebaskan dalam keadaan menderita. Kejam sungguh perlakuan tentera Israel kepada saudara di Gaza,” komen @Hasmahdollahqaley

“Dia (rakyat Palestin) itu ditahan sejak saya berusia setahun. Sekarang saya sudah berumur 21 tahun, barulah dibebaskan,” kata Nisha.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kisah seorang pemuda Palestin, Mahmoud Abu Foul yang turut diseksa menjadi tawanan Israel sehingga hilang penglihatan dan terpaksa hidup dengan satu kaki. -KOSMO! ONLINE

@kekasihrasulullah__♬ original sound – elyanna

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI