fbpx
KOMUNITI sukan orang pekak ada sinar baharu selepas Belanjawan 2026 memberi pengharapan baru kepada mereka.

Sinar baharu sukan orang pekak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETELAH hampir empat dekad bergelut dalam ‘senyap’, komuniti sukan orang pekak akhirnya menemui sinar baharu selepas pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2026 meletakkan mereka di landasan lebih meyakinkan.

Jika dahulu, komuniti itu tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya, malah dana juga tidak mencukupi. Ibu bapa dan pihak persatuan terpaksa mencari penajaan bagi memastikan atlet beraksi di kejohanan antarabangsa.

Tahun ini, Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta selepas meraih 25 pingat emas, 16 perak dan 11 gangsa yang merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah penyertaan negara.

Menerusi Belanjawan 2026, buat pertama kali sukan pekak dan atlet disebut secara khusus dengan penekanan terhadap pemerkasaan komuniti itu melalui sukan.

Bagi penulis, langkah ini bukan sekadar angka dalam bajet, tetapi satu penghormatan yang membuka ruang baharu buat ibu bapa dan anak-anak
istimewa menceburi bidang sukan.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruenn menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai satu lembaran baharu yang amat dinanti-nantikan.

“Ini merupakan detik bersejarah bukan sahaja pengiktirafan kewangan, tetapi isyarat jelas kerajaan begitu komited membina ekosistem sukan inklusif untuk semua.

“Ibu bapa yang ada anak istimewa antara yang paling gembira. Selama ini mereka berlatih, tapi sering dilayan seperti anak tiri. Sekarang kerajaan dan kementerian membuktikan sukan pekak diberi perhatian sama rata.

“Sebelum ini, ramai ibu bapa dan sekolah merasakan sukan pekak tiada masa depan. Tapi kini, kami yakin lebih banyak bakat baharu akan muncul.

“Pengiktirafan kerajaan ini membawa makna besar kepada seluruh ekosistem sukan negara. Ia bukan sahaja mencetuskan motivasi baharu, malah membuka lembaran baharu buat ibu bapa, atlet dan jurulatih untuk melangkah lebih jauh di persada antarabangsa,” katanya.

Namun, di sebalik kejayaan besar di Jakarta, cabaran tetap membelenggu MSDeaf, khususnya dalam melaksanakan program pembangunan secara konsisten dan menyeluruh lebih-lebih lagi apabila sebahagian besar atlet merupakan atlet sepenuh masa yang bergantung kepada sokongan penuh persatuan.

“Peruntukan yang kecil akan memberi kesan langsung kepada pembangunan bakat baharu. Fokus kami kini terarah kepada persiapan atlet elit, tetapi tanpa program pelapis, kesinambungan akan tergugat.

“Kita berharap agar peruntukan minimum RM3 juta setahun dapat dikekalkan bagi membolehkan program pembangunan jangka panjang dijalankan, termasuk penganjuran kejohanan peringkat kebangsaan. Adanya kejohanan tempatan, kita mampu melahirkan bakat-bakat baharu,” ujarnya.

Tumpuan kini beralih kepada Deaflympics 2025 di Tokyo pada November ini. MSDeaf menyasarkan pencapaian tiga pingat emas, sasaran yang dianggap realistik tetapi mencabar.

Sebagai rekod, sepanjang penglibatan Malaysia di Deaflympics, kontinjen negara hanya pernah meraih tiga pingat emas di Deaflympics masing-masing di Rome 2001 dalam acara olahraga dan dua emas acara badminton, bowling di Caxias do Sul, Brazil 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN