fbpx
Burger Mozarela yang memiliki rasa istimewa dengan tekstur yang kenyal dan lembut pastinya akan menjadi pilihan peminat makanan tersebut.

Burger Mozarela kini kembali, nikmati keju sepuasnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketika ini bur­ger sering menjadi menu pilihan masyarakat di Malaysia untuk dinikmati pada setiap masa.

Tidak kira masa sama ada pagi, siang mahupun malam, burger menjadi santapan kita semua yang mahukan satu menu yang lazat dan mengenyangkan.

Burger King Malaysia merupakan salah satu restoran yang sering menawarkan pelbagai menu bur­ger kepada para pelanggannya.

Berbanding pesaingnya, Bur­ger King Malaysia merupakan ‘pakar’ dalam menghasilkan burger-burger yang menepati cita rasa masyarakat negara ini.

Terkini, Burger King Malaysia kembali menghidangkan burger yang menjadi pilihan ramai iaitu Burger Mozarela.

Burger Mozarela merupakan burger istimewa yang menonjolkan kelazatan keju mozarela sebenar.

Keju mozarela sememangnya mempunyai rasa istimewa dan tekstur yang kenyal tapi lembut dan mudah untuk meleleh apabila dipanaskan.

Ia bukan sekadar tambahan, tetapi mampu mengubah ke­seluruhan pengalaman menikmati burger.

Burger Mozarela menggabungkan empat jenis keju dengan menggunakan keju mozarela sebenar dan dihidangkan dengan lapisan keju dan keju Swiss, serta sos keju nacho.

Malah dengan menikmati bur­ger ini ia akan memberikan pe­ngalaman ‘tarikan keju’ yang melimpah bagi mereka yang gemar menikmati keju.

Burger Mozarela didatangkan dalam dua pilihan iaitu Mozarela Da­ging XL dan Mozarela Tendercrisp.

Bagi burger Mozarela Daging XL, ia menampilkan daging Whopper yang dibakar dengan api bersama keju mozarela sebenar.

Hidangan ini juga disertakan dengan lapisan keju dan keju Swiss bersama sos keju nacho dan sos tomato, semuanya disatukan dalam roti lembut.

Rasai keenakan daging bakar dengan tarikan keju mozarela yang sukar ditolak.

Manakala burger Mozarela Tendercrisp pula menggabungkan isi ayam yang digoreng rangup keemasan dengan lelehan keju mozarela sebenar yang melimpah.

Burger ini juga dihidangkan bersama lapisan keju dan keju Swiss serta disirami dengan sos keju nacho serta sos tomato.

Gabungan itu membuatkan ia penuh dengan keju, lembut, dan padat dengan rasa yang lazat di setiap gigitan.

Bagi penggemar keju, Mozarela Daging XL dan Mozarela Tendercrisp merupakan burger yang wajib untuk dicuba kerana dapat menikmati keju sepuasnya.

Dapatkan Burger Mozarela sekarang di Burger King berhampiran anda dan ia hanya ditawarkan untuk masa terhad.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI