fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

[VIDEO] ‘Saya rasa dunia ini kejam, saya rasa nak mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru berkongsi pengalaman menyayat hati apabila salah seorang muridnya meluahkan rasa putus asa terhadap kehidupan hingga menyebut ‘dunia ini kejam’ dan ‘rasa nak mati’.

Menerusi video dimuat naik guru berkenaan yang dikenali sebagai @Amin.hussin, beliau terkejut apabila murid itu berulang kali mengadu tentang perasaan sedih yang dialami, meskipun masih kecil dan di usia sepatutnya dipenuhi keceriaan.

Apabila guru tersebut bertanya kepada murid perempuannya itu kenapa berfikiran bahawa ‘dunia ini kejam’ murid tersebut menjawab dia ‘ingin mati’.

“Kenapa awak kata dunia ini kejam. Mesti ada sebab, orang suka kacau awak ke, atau pun Israel tembak Palestin ke. Cikgu nak tahu, besar skop jawapan awak tu. Abang awak, kakak awak selalu kacau awak?,” soal guru lelaki itu.

“Saya rasa nak mati,” sebut murid itu.

“Tak boleh awak ada perasaan macam itu, kita orang Islam, kita minta doa dengan Allah. Kalau kita ditimpa kesusahan kita minta tolong dengan Allah. Jangan awak buat tindakan yang tak baik.

“Awak solat tak? Lima kali sehari? Jangan kita rasa hidup tak berguna dah, hidup ini menentukan awak dapat pahala berapa banyak. Nak masuk syurga tak? Nak masuk buat baiklah, sapu sampah, kemas kelas,” nasihat guru itu semula.

Guru tersebut menerusi kapsyennnya berharap agar nasihat yang dititipkan menjadi semangat semula untuk murid tersebut meneruskan kehidupan.

“Keluhan dari anak kecil. Terkejut saya bila dia mengadu berulang kali dan kata dunia kejam. Semoga nasihat saya itu dapat beri semangat semula untuknya. Ya Allah, lindungilah semua anak murid dan anakku juga,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.

Luahan itu menarik perhatian ramai netizen yang turut meluahkan rasa simpati dan bimbang terhadap kesejahteraan mental kanak-kanak pada masa kini.

Ramai berpendapat tekanan persekitaran, masalah keluarga, dan pengaruh media sosial antara faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak seawal usia sekolah rendah berasa tertekan.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna memuji keprihatinan guru tersebut dan menyeru agar pihak sekolah serta ibu bapa lebih peka terhadap tanda-tanda awal kemurungan dalam kalangan pelajar.

“Kadang anak-anak kecil pun simpan banyak beban, cuma tak pandai nak luah. Terima kasih cikgu sebab mendengar,” tulis @Hashim.

“Cikgu tolong jumpa ibu bapa murid itu, rasanya murid itu perlukan pertolongan,” komen @Ain.

“Rasa nak peluk je budak ini, tiup dekat ubun-ubun dia bagi semangat,” komen @Nik. – KOSMO! ONLINE

@amin.hussinKeluhan dari anak kecil, terkejut saya bila dia mengadu berulang kali dan kata dunia kejam. semoga nasihat saya itu dapat beri semangat semula untuknya. Ya Allah lindungilah semua anak murid dan anakku juga 🤲🏻♬ Very Sad – Enchan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI