fbpx
Gambar hiasan.

Kes empat calon SPM rogol junior dirujuk TPR hari ini – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Kertas siasatan empat pelajar lelaki tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kejadian noda dan merakam aksi tidak senonoh terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya berharap pendakwaan kes tersebut dapat dilakukan dalam tempoh terdekat minggu ini.

“Kes empat pelajar itu hari ini kita rujuk kertas siasatan kepada TPR, kita akan cuba untuk dapatkan pertuduhan dalam minggu ini.

“Ketika ini kita masih menunggu keputusan daripada TPR bagi tindakan lanjut,” katanya ringkas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami trauma selepas dipercayai dinoda dua pelajar senior di kelasnya sendiri, dalam kejadian yang turut dirakam serta disaksikan dua pelajar lain.

Kejadian itu terbongkar pada 10 Oktober lalu selepas ibu mangsa menerima maklumat daripada guru sekolah berhubung penyebaran video tidak senonoh membabitkan anak sulungnya sebelum membawa pelajar tingkatan tiga itu membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah.

Susulan itu, empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbabit telah ditahan dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol berkumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI