fbpx
Beberapa peserta konvoi menunjukkan baju hoodie edisi khas CF Motor Central.

Malam serah hoodie dan konvoi santai di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini, kumpulan peminat motosikal CF Motor Central 675SRR (CF Motor Central) mengadakan perhimpunan besar-besaran sempena penyerahan baju hoodie edisi khas grup itu.

Program santai yang berlangsung di Suasana Market Hall, Shah Alam, Selangor itu berjaya menghimpunkan para penunggang dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Nilai dan Seremban) serta Selangor (Klang, Kajang dan Puncak Alam).

Menurut pengerusi dan satu-satunya wanita dalam pasukan pentadbir CF Motor Central, Markhaini Lias, acara pada pukul 9 malam itu bermula dengan ahli kumpulan berkumpul sambil menikmati minuman ringan bersama rakan konvoi.

“Majlis ini turut dihadiri oleh barisan admin kumpulan iaitu Zulfakar Ismail, Shaiful Fahmi dan Syaiful Nasarudin yang menjadi tulang belakang penganjuran malam bersejarah itu.

“Turut mendapat perhatian ialah Zulfakar iaitu individu yang menguruskan keseluruhan proses pembelian dan rekaan hoodie. Pakaian itu ditempah dua bulan lebih awal oleh ahli kumpulan,” katanya ketika dihubungi CitaRasa baru-baru ini.

Tambahnya, sekitar pukul 10 malam, majlis diteruskan dengan sesi ucapan alu-aluan yang dipengerusikan olehnya.

Dalam ucapan Markhaini, dia menyifatkan perhimpunan itu sebagai antara program terbesar yang pernah diadakan oleh komuniti berkenaan.

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli, serta mengalu-alukan kehadiran second generation model motosikal 675SRR dan beberapa ahli baharu yang menyertai keluarga besar CF Motor Central.

SEBAHAGIAN motosikal berkuasa tinggi yang terlibat dalam konvoi CF Motor Central di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kongsinya, suasana menjadi lebih ceria apabila ahli kumpulan turut mengadakan sambutan hari lahir untuk salah seorang rider yang diraikan secara santai, namun penuh bermakna.

“Selesai sesi sambutan, majlis diteruskan dengan penyampaian baju hoodie kepada semua ahli, sekali gus menandakan simbol kebersamaan dan identiti rasmi kumpulan tersebut.

“Selepas majlis tamat, suasana malam di Shah Alam dihiasi deruman enjin apabila ratusan penunggang berkonvoi mengelilingi bandar.

“Mereka melewati beberapa mercu tanda di Shah Alam seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Stadium Shah Alam,” ujarnya.

Konvoi kemudiannya bergerak ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (Dash), Denai Alam iaitu lokasi tumpuan untuk sesi fotografi rasmi.

Di situ, para penunggang motosikal bergambar bersama jentera dan hoodie baharu mereka sebagai kenang-kenangan.

Sekitar pukul 1 pagi, program berakhir dengan suasana mesra, dan kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta.

Ada yang terus pulang ke destinasi masing-masing, manakala sebahagian lagi memilih untuk lepak santai di restoran mamak berhampiran.

Menurut Markhaini, bagi komuniti CF Motor Central, malam tersebut bukan sekadar penyerahan baju.

Ujarnya, majlis itu juga menjadi lambang persaudaraan, minat dan semangat yang menyatukan para penunggang dari pelbagai latar belakang di bawah satu bendera iaitu kecintaan terhadap dunia permotoran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN