fbpx

Dua sindiket tumpas, rampas arak RM2.66juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JKDM menunjukkan arak seludup yang dirampas dari sebuah kontena di Pelabuhan Utara baru-baru ini.

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan dua sindiket minuman keras termasuk membongkar premis memproses dan membotolkan arak tiruan dalam serbuan berasingan di Selangor, baru-baru ini.

Dalam kedua-dua serbuan di Pelabuhan Utara dan Rawang itu juga merampas 49,754 liter minuman keras yang nilainya termasuk cukai dianggarkan RM2.66juta.

Turut ditahan adalah empat lelaki masing-masing warga Kemboja dan Bangladesh berusia 23 dan 39 tahun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, serbuan pertama dilakukan pada 17 Februari lalu dengan mengesan sebuah kontena di Pelabuhan Utara kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kontena itu menemui 25,344 liter (L) arak pelbagai jenama yang dipercayai tidak berkastam.

“Kontena itu dipercayai dari China dan untuk pasaran di negara ini.

“Kita telah mengenalpasti ejen perkapalan yang terlibat dan usaha mengesannya sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pembanterasan minuman keras tiruan kemudiannya diteruskan dengan menyerbu sebuah premis di Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Rawang dekat sini kira-kira pukul 4 petang pada Isnin lalu.

Abdul Latif menegaskan premis itu dijadikan sebagai pengilangan (pembotolan) arak disyaki tiruan susulan penemuan alat-alat pemprosesan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI