fbpx
Beberapa kenderan mengalami kerosakan akibat dihempep serpihan simen konkrit apartmen di Persiaran Medini Utara 3, Iskandar Puteri hari ini.

[VIDEO] Puluhan kenderaan dihempap simen konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas dihempap simen konkrit apartmen yang tertanggal sebelum terjatuh dalam kejadian ribut di Persiaran Medini Utara 3 di sini hari ini.

Beberapa video yang dikongsikan menerusi laman Facebook Community Roda Johor (CRJ) menunjukkan kejadian disyaki berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang tadi.

Dalam rakaman video terbabit, beberapa kenderaan mengalami kerosakan termasuk cermin kereta pecah selain bumbung kereta Honda Civic penyet dihempap konkrit.

Meninjau komen pengguna laman sosial rata-rata mengecam pemaju dan kontraktor yang membina bangunan tersebut.

“Ini baru angin belum lagi yang di bawah (gegaran gempa) sudah jadi macam ini,” kata ZainalIbrahim Nalma.

“‘Cikai’ punya kerja, rumah harga mahal, tapi kualiti rendah,” kata Firman Sadirman.

“Pakai barang murah tidak berkualiti nak jimat kos nak untung besar inilah jadinya,” komen Deen Amin.

Sementara itu, ramai pengguna menyuarakan pendapat supaya pihak berkuasa turun padang menyiasat dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pemaju.

“Harap Menteri Besar turun tengok sendiri kejadian,” komen Aque Kau.

“Mujur dalam kenderaan tak ada orang, kalau ada matilah jawapnya,” kata Rain.

Dalam pada itu, Kosmo! sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI