fbpx
GAMBAR fail Thiago Avila. - Foto AFP

Surat aktivis GSF dari dalam penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Seorang aktivis Brazil, Thiago Avila yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) menceritakan pengalamannya ditahan di dalam penjara Ktzi’ot di tengah Gurun Negev, wilayah Palestin yang dijajah melalui sepucuk surat.

Dalam catatannya  bertarikh 6 Oktober 2025, Thiago yang sudah dibebaskan semalam berkata, sejak flotilla itu dipintas secara haram di perairan antarabangsa, aktivis mengalami pelbagai jenis keganasan. 

“Ramai di antara kami diserang secara fizikal, diancam oleh anjing, dilarang tidur, disasarkan oleh laser dan senapang patah hidup dan tertakluk kepada semua jenis penderaan psikologi.

“Memandangkan mereka tahu saya penganjur misi itu, mereka bukan sahaja melakukan semua itu, tetapi juga membawa saya ke sesi soal siasat berjam-jam bersama pegawai perisikan dan anggota tentera pendudukan sendiri.

“Selepas berdiri teguh dan mempertahankan Palestin, mereka mengancam bayi perempuan saya, meludah ke muka dan membawa saya ‘berjalan’ di padang pasir sambil mengancam untuk membunuh saya,” tambahnya.

Kata Thiago, dia menulis semua itu bukan untuk mengadu.

“Saya mahu  dunia tahu bahawa jika Israel boleh berbuat demikian kepada aktivis kemanusiaan, bayangkan apa yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin. Kini terdapat lebih 10,000 rakyat Palestin di penjara bawah tanah Israel, 400 daripadanya adalah kanak-kanak,” katanya.

Kata Thiago lagi, perkara terbaik adalah apabila mereka memikirkan tentang kebangkitan global untuk menyokong Palestin. 

“Saya menyeru anda semua bangkit. Bangunlah sekarang, bukan untuk kami. Bangkit dalam solidariti dengan rakyat yang telah mengalami lapan dekad pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN