PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di sembilan negeri hingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Perak (Hulu Perak), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).
Di Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong manakala Selangor di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Selain itu, Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban dan Jempol dan Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Telang Usan dan Marudi),” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE