fbpx
Mohammad Ahmad Shazly (dua dari kanan) menyerahkan bakul makanan kepada penerima pada Program Memacu Kehidupan Festive: Deepavali 2025 di Kesedar, Kuala Krai hari ini. Foto oleh ROSLIZA MOHAMED/KOSMO!

Yayasan Petronas rai 1,700 keluarga sambut Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Yayasan Petronas menyalurkan sumbangan bakul makanan bernilai RM340,000 kepada 1,700 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di seluruh negara untuk menyambut Deepavali pada tahun ini.

Bantuan menerusi Program Memacu Kehidupan Festive: Deepavali yang bermula di Kelantan itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, bantuan yang diagihkan itu terdiri daripada pelbagai bentuk keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, tepung, kari ayam dalam tin, produk minuman dan kekacang.

Katanya, program tersebut merupakan
komitmen berterusan Yayasan Petronas untuk memberi lebih keceriaan kepada masyarakat India di negara ini.

“Daripada 1,700 keluarga, 100 daripadanya terdiri daripada masyarakat India di Kelantan yang menerima sumbangan bakul makanan tersebut.

“Kita turut menyampaikan kuih perayaan sinonim dengan Deepavali iaitu muruku yang disediakan khas oleh peserta Program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (Mekar) anjuran Yayasan Petronas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Memacu Kehidupan Festive: Deepavali 2025 di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini hari ini.

Mohammad Ahmad Shazly memberitahu, program itu merupakan salah satu cabang tanggungjawab sosial korporat Petronas dengan misi untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat agar masa depan yang mampan.

Menurutnya, Yayasan Petronas berhasrat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan hasil sosioekonomi masyarakat di seluruh negara menerusi bidang tumpuan iaitu pendidikan, kesejahteraan, kesejahteraan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI