fbpx
GAMBAR fail 14 April 2023 menunjukkan umat Islam mengerjakan umrah di kota suci Mekah semasa bulan Ramadan. – AFP

Semua pemegang visa Arab Saudi boleh tunaikan umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH –  Semua umat Islam yang memegang visa sah  Arab Saudi kini boleh menunaikan ibadat umrah, demikian menurut Kementerian Haji dan Umrah seperti laporan laman berita Arab News semalam.

“Merancang untuk melawat Arab Saudi dan menunaikan umrah? Anda boleh menunaikan ibadah umrah dengan apa jua jenis visa masuk.

“Untuk memudahkan umat Islam mengerjakan umrah, semua pemegang visa dibenarkan menunaikan ibadah tersebut. Ini termasuk: visa lawatan peribadi dan keluarga, visa transit/persinggahan, visa kerja, e-visa pelancong dan visa jenis lain,,” kata kementerian itu di laman X.

“Untuk perjalanan umrah yang lancar, layari platform Nusuk Umrah, pilih pakej yang sesuai, dan dapatkan visa umrah anda segera,” tambahnya.

Keputusan itu mengukuhkan usaha Arab Saudi untuk menjadikan perjalanan ibadah umrah lebih mudah dan inklusif untuk semua.

Ia juga menonjolkan langkah penting dalam memudahkan prosedur bagi jemaah haji dan meluaskan akses kepada perkhidmatan umrah dalam  memenuhi objektif Wawasan Saudi 2030.

Kementerian sama berkata, langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan kedatangan umat Islam dari seluruh dunia  bagi menunaikan ibadah dengan mudah dan tenang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI